< back to top>
footer001.jpg footer002.jpg footer003.jpg

Tentang Kami

main_factoryt.jpg

Ditubuhkan pada tahun 1973, Theen Seng Paper Manufacturing Sdn. Bhd. adalah pengeluar dan pengeksport terkemuka pelbagai jenis kertas khususnya kertas yang dikitar semula dengan menggunakan teknologi terkini. Rangkaian produk kami terdiri daripada Kertas Colok(sembahyang), Kertas Kraft, Kertas Gulung Tandas, Serviettes, Beg Kertas, Kertas Kraft Berlamina, Kertas Pembungkusan Makanan dan Kertas Kraft kegunaan Industri.

recyclelogob.gifDi bawah bimbingan Pengerusi Kumpulan Syarikat kami Mr.Jimmy Tan , kami telah merekodkan pertumbuhan yang positif bagi tempoh 40 tahun yang lalu. Kepakaran beliau yang luas serta pengetahuan teknikal dan perniagaan yang baik dan dengan sumbangan kakitangan dan juruteknik yang berpengalaman, telah membolehkan kami mencatatkan kecemerlangan dalam industri kertas.

Kami komited untuk mengekalkan kualiti produk kami serta kebolehan menyediakan perkhidmatan selepas jualan berkenaan produk kami yang boleh dipercayai. Perkara ini telah dijayakan melalui Unit Penyelidikan dan Pembangunan kami yang sentiasa melaksanakan kerja-kerja penyelidikan secara mendalam untuk menghasilkan produk standard berkualiti yang baik. Selain itu, ia juga telah membantu kami memasarkan produk kami dan membuat kehadiran kami dirasai dalam pasaran Asia.

about-us.jpg