< back to top>
footer001.jpg footer002.jpg footer003.jpg

Mesej Dari Pengerusi Kumpulan

YBhg Jimmy Tan

Perbezaan antara kami berbanding syarikat yang lain adalah kakitangan kami dan semangat kami bagi mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan. Pendekatan dan falsafah kami memupuk persekitaran yang membolehkan pemikiran strategik dan kreativiti. Kami terus membantu pelanggan kami berjaya setiap hari melalui komitmen, pengetahuan, tenaga dan semangat kakitangan kami.

Komitmen kami terhadap perkhidmatan pelanggan adalah berasaskan tradisi kami dan ia terserap sepenuhnya ke perkara yang kami lakukan dan bagaimana kami melakukannya. Kami bangga menjadi rakan kongsi dengan pelanggan-pelanggan kami. Kami telah membangunkan satu set nilai bagi menyokong matlamat kami dan kami berjanji untuk mengutamakannya dalam kerja kami setiap hari. Nilai-nilai kami adalah:

  • >>> Berdedikasi dalam membantu kejayaan pelanggan kami
  • >>> Komited untuk bekerja sebagai rakan kongsi
  • >>> Berazam untuk mencapai potensi kami
  • >>> Bersemangat dalam kerja kami
  • >>> Memberi tumpuan dalam menyampaikan pengetahuan kami yang terbaik
  • >>> Mangambil perhatian bagi mengambil tindakan apabila mendengar dan ketika pembelajaran
  • >>> Inovatif dan kreatif
  • >>> Beretika dan bertanggungjawab

Terdapat satu perkara yang berfungsi untuk menyatukan kami. Kami tidak takut untuk menerima perubahan dan cabaran. Kami sedia untuk menjadi berbeza. Dengan menyokong dan menerima kepelbagaian, kami mendapat idea-idea baru dan belajar cara-cara baru untuk mengatasi cabaran. Ini membolehkan kami untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih baik bagi perniagaan yang tersebar luas secara langsung membawa manfaat yang kekal bagi semua individu terlibat dalam perniagaan kami, pelanggan, pemegang saham dan rakan-rakan kami.

Sila layari laman web kami. Saya menggalakkan anda untuk menghubungi kami secara langsung bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam berkenaan soalan mengenai kumpulan syarikat kami, produk kami dan perkhidmatan yang kami sediakan.

KAMI ADALAH SEBUAH SYARIKAT MESRA ALAM SEKITAR.
“INGAT KITAR SEMULA, TERINGAT KUMPULAN TSP”